Dialog Guru dan Murid Tentang Adab

Dialog Guru dan Murid Tentang Adab


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Tanya seorang murid kepada gurunya;

"Wahai guru, apakah adab?"

Jawab guru;

"Adab ialah apabila kamu meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan perbuatanmu itu tidak menyakitkan manusia yang lain, serta memberi faedah dan manfaat kepada orang lain."

Si murid bertanya lagi;

"Wahai guruku, bagaimanakah aku hendak mengambil contoh dari segala adab dan akhlak tersebut?"

Jawab si guru tersebut;

"Tidakkah satu adab dan akhlak yang baik itu datang daripada semulia-mulia ciptaan yang Allah telah jadikan? Maka ambillah contoh adab dan akhlak daripada penghulu bagi sekalian makhluk yaitu Sayyidina Muhammad ‎SAW."
Baca Juga
ARTIKEL PILIHAN

Post a Comment